PUNCA-PUNCA BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA
Sebab pertama berlakunya
kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Kebanyakan kes
kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak mematuhi
peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu cenderung untuk
memandu laju iaitu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat
juga pemandu yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan dan
memberhentikan kenderaan di tempat yang dilarang. Sikap negatif pemandu ini bukan sahaja menyusahkan dirinya apabila
berlaku kemalangan, malah dia juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Keadaan kenderaan yang tidak
diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab. Kenderaan yang hendak
digunakan di jalan raya sewajarnya diselenggara sekurang-kurangnya enam bulan
sekali. Kebanyakan kos kemalangan berlaku
disebabkan sistem brek yang gagal berfungsi dengan baik. Terdapat juga
kemalangan berlaku disebabkan tayar kenderaan meletup akibat tayar tersebut
rosak atau anginnya berlebihan. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu
memperuntukkan sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan mereka.
Sebab
seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang kurang
baik. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandu
kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain
itu, pemandu kenderaan juga mesti lebih berhati-hati apabila melalui jalan tersebut
pada waktu malam. Antara ciri-ciri jalan raya yang kurang baik ialah terdapat
banyak selekoh tajam, jalannya tidak rata serta berlubang. Oleh itu, pemandu
kenderaan mestilah mematuil had laju yang ditetapkan apabila melalui jalan berbahaya.
Faktor
cuaca juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan raya. Di
Malaysia, cuaca hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin. Dalam
keadaan yang sedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya dl lebuh raya
kerana pemandu tidak sempat membrek apabila
kenderaan di hadapan tlba-tiba memperlahankan kenderaannya. Hujan yang turun
juga boleh menyebabkan pemandangan pemandu kabur dan terhad. Sewajarnya
pengguna jalan raya berhati-hati apabila memandu dalam keadaan cuaca hujan dan
jalan raya licin.
Kurangnya
pemantauan daripada pihak berkuasa juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya
berlaku. Pihak berkuasa seperti pihak polis hendaklah membuat pemantauan di
tempat-tempat yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan. Pihak
berkuasa mestl mengambil tindakan undang-undang
terhadap pesalah jalan raya. Contoh tempat-tempat yang perlu dipantau ialah
jalan berbukit, di garisan berkembar dan kawasan lampu isyarat. Pemantauan yang dijalankan
secara berterusan akan menjadikan pengguna jalan raya lebih berhemah ketika di
jalan raya sekali gus boleh mengelakkan kemalangan.




