Monday, 9 September 2013








PUNCA-PUNCA BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA


Sebab pertama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu cenderung untuk memandu laju iaitu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat juga pemandu yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan dan memberhentikan kenderaan di tempat yang dilarang. Sikap negatif pemandu ini bukan sahaja menyusahkan dirinya apabila berlaku kemalangan, malah dia juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab. Kenderaan yang hendak digunakan di jalan raya sewajarnya diselenggara sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kebanyakan kos kemalangan berlaku disebabkan sistem brek yang gagal berfungsi dengan baik. Terdapat juga kemalangan berlaku disebabkan tayar kenderaan meletup akibat tayar tersebut rosak atau anginnya berlebihan. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan mereka.
Sebab seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang kurang baik. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu, pemandu kenderaan juga mesti lebih berhati-hati apabila melalui jalan tersebut pada waktu malam. Antara ciri-ciri jalan raya yang kurang baik ialah terdapat banyak selekoh tajam, jalannya tidak rata serta berlubang. Oleh itu, pemandu kenderaan mestilah mematuil had laju yang ditetapkan apabila melalui jalan berbahaya.
Faktor cuaca juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan raya. Di Malaysia, cuaca hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin. Dalam keadaan yang sedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya dl lebuh raya kerana pemandu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tlba-tiba memperlahankan kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh menyebabkan pemandangan pemandu kabur dan terhad. Sewajarnya pengguna jalan raya berhati-hati apabila memandu dalam keadaan cuaca hujan dan jalan raya licin.
Kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Pihak berkuasa seperti pihak polis hendaklah membuat pemantauan di tempat-tempat yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan. Pihak berkuasa mestl mengambil tindakan undang­-undang terhadap pesalah jalan raya. Contoh tempat-tempat yang perlu dipantau ialah jalan berbukit, di garisan berkembar dan kawasan lampu isyarat. Pemantauan yang dijalankan secara berterusan akan menjadikan pengguna jalan raya lebih berhemah ketika di jalan raya sekali gus boleh mengelakkan kemalangan.

pembuangan bayi-punca,langkah mengatasi dan kesan
PENGENALAN

Kes-kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing didengari dan berlaku dalam masyarakat Malaysia malah di merata tempat. Bagi masyarakat kian membangun ini, membuanag bayi adalah satu cara paling mudah dilakukan oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil. Menurut kes ini, perempuan yang telah dipersalahkan dan terpaksa menanggung beban atas pembuatan penzinaan tersebut.
Tujuan saya memilih tajuk ini adalah untuk membincangkan secara lebih mendalam tentang punca-punca, kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi pembuangan bayi ini. Dalam esei ini, matlamat saya bertujuan untuk menyedarkan bahawa pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan jenayah yang amat berat dan haram di sisi islam kerana bayi merupakan rezeki yang Allah s.w.t turunkan kepada kita sebagai cahaya mata dalam kehidupan.Namun sebaliknya, kita membuang bayi tersebut dan tidak bersyukur atas nikmat Allah s.w.t yang diberikan kepada kita. Pembuanagn bayi sama maksudnya kita membunuh manusia yang tidak bersalah atas penzinaan yang telah kita lakui.
Saya berharap agar pihak kerajaan dan masyarakat mengambil peranan yang amat penting bahawa gejala ini terus berlaku dan memperoleh peningkatan peratus yang tinggi malah kaum melayu beragama islam.Umumnya semua masyarakat atau rakyat jelata di Malaysia perlu mengamalkan nilai Kepercayaan Kepada Tuhan.
 PENGERTIAN PEMBUANGAN BAYI


[1]Pengertian pembuangan bayi adalah bayi yang telah di buang oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan mengandung anak luar nikah.Oleh kerana tidak mahu malu atas perbuatan tersebut mereka membuang bayi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya terutama di kawasan tapak pembuangan sampah, longkang, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.Apakah kita ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidal berperikemanusiaan seperti berlaku pada zaman jahiliah sebelim kedatangan Islam. Kanak-kanak teruma permpuan akan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu demi hanya mempertahankan maruah keluarga.

[2]Ajaran Islam dalam pembuangan dan penguguran bayi sangat diharamkan di kalangan masyarakat islam. Ianya dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimanapun yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa’ ayat 93:

Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".
 PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI

Melalui empat kategori iaitu:
· Daripada Ibu Bapa
· Daripada rakan sebaya
· Daripada laman sesawang
· Daripada diri Sendiri

Daripada Ibu Bapa

[1]Kes pembuangan bayi ini ada kaitannya daripada ibu bapa kerana konflik dalam keluarga telah menendang keluar remaja untuk mencari tempat dan rakan yang boleh membantu mengatasi keadaan hidup. Ibu bapa tidak dapat mengawal disiplin dan gerak-geri anaknya ketika anaknya belajar di sekolah atau IPTA dan lain-lain.Oleh itu,tanpa pengawasan ibu bapa anak-anak telah menjadi liberal, bersikap kurang ajar dan merencanakan kehidupan mengikut kehendak hati serta ingkar akan kata-kata ibu bapa ketika keluar lewat malam bersama pasangannya.Selain itu, melalui didikan agama pula ibu bapa tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana kebenarannya remaja ini sudah dididik sejak kecil lagi namun apabila mereka kian dewasa didikan serta nasihat ibu bapa akan mereka lupakan sedikit demi sedikit.

Daripada Rakan Sebaya

Apabila anak-anak sudah masuk ke alam remajanya ketika menyambung pembelajarannya di IPTA mahupun IPTS. Mereka secara automatiknya memperoleh rakan baru malah tingkat umur yang berbeza.Pada waktu ini mereka hanya menjadi rakan tanpa mengenal latar belakang rakan tersebut dan disini lah pengaruh rakan sebaya boleh berlaku kerana tiada pengawasan ibu bapa lagi. Jika remaja tidak ada keteguhan iman mereka akan diselubungi perasaan ingin tahu atas pengaruh rakan sebaya. Ini akan menyebabkan remaja mudah terjebak dengan pergaulan bebas sehingga melampaui batasan agama seperti maksiat,penzinaan dan hamil sehingga berlakunya pembuangan bayi.


Daripada Laman Sesawang dan media cetak serta elektronik

Melalui kemajuan ekonomi kita kini turut antara punca pembuangan bayi kerana apa sahaja yang mereka layari seperti pendidikan juga turut mengeluarkan gambar dan video yang tidak senonoh . Oleh itu,remaja sekarang mudah melayari laman sesawang apa-apa sahaja termasuk bahan-bahan lucah, penayangan filem berunsurkan seks oleh media
kenaikan harga minyak
Ribuan rakyat Malaysia beratur di hampir semua stesen minyak malam tadi menjelang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sekaligus menaikkan kemarahan orang ramai kerana pemotongan subsidi itu.
Kebanyakan pengguna yang ditemui di Lembah Klang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga bahan bakar itu di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke sehari.
Janji Putrajaya untuk meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet 2014 tidak memberikan kesan kepada penduduk Lembah Klang kerana kebanyakan daripada mereka tidak layak menerimanya dan bantuan itu hanya diterima sekali sedangkan kesan kenaikan itu terpaksa ditanggung setiap hari.
Pemberian wang tunai RM500 itu sebelum ini diberikan kepada lima juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
Shahrulnizam Mohamad, 29, berkata kenaikan harga minyak bermula tengah malam tadi dijangkakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana umumnya rakyat mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.
"Kenaikan harga ini sangat memberi kesan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana kenderaan seperti kereta memainkan peranan penting kepada orang awam. Dengan kenaikan harga barang ini, peniaga juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang," katanya.
Sementara itu, K Primela, 35, berkata kerajaan tidak wajar menaikkan harga petrol sewaktu rakyat sedang terhimpit dengan kenaikan harga barang selepas musim perayaan.
"Kerajaan BN 'bijak' mengambil kesempatan selepas beberapa bulan pasca PRU13 untuk menaikkan harga minyak. Sebelum pilihan raya berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak, tetapi kemudian lain jadinya. Apatah lagi kini rakyat sudah mula dibebankan dengan kenaikan harga barang. Gaji tidak pula catat kenaikan tapi harga minyak pula yang naik.
"Rakyat sendiri dapat perhatikan perbuatan buruk kerajaan BN apabila belum sampai setahun mendapat mandat menerajui negara, sudah tampil dengan pendekatan membebankan rakyat. Selepas ini, apa pula yang kerajaan nak naikkan,” katanya, ketika ditemui di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri, Klang malam tadi.
Lim Tai Boon, 46, yang ditemui di tempat sama juga melihat kenaikan harga minyak sebagai permainan politik kerajaan BN.
"Dulu sebelum pilihan raya janji tidak naikkan harga minyak. Lepas BN menang pilihan raya, lain pula ceritanya. Perkara ini memang tidak patut, menyusahkan rakyat," katanya.
Pengguna turut kesal dengan tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar itu kerana tempoh makluman yang diberikan singkat untuk pengguna bertindak.
Tengku Zarul Tengku Lokman, 37, berkata kenaikan 20 sen seliter satu tindakan kejam yang dilakukan kerajaan kepada rakyat sambil menjangkakan harga barang keperluan asas lain turut meningkat ekoran kenaikan harga bahan bakar.
"Saya tahu mengenai kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial Facebook. Media kerajaan melalui televisyen dan radio tidak komited dengan pengumuman itu. Esok bila sudah naik, baru hendak disiarkan. Itu yang jahatnya kerajaan enggan memaklumkan terlebih awal," katanya.
Amir Azri, 26, pula membayangkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menaikkan kadar pemberian BR1M tidak praktikal kerana saguhati itu diberikan sekali sahaja tetapi perbelanjaan petrol adalah keperluan harian.
"Kadar BR1M yang diterima tidak setimpal dengan kenaikan harga minyak. BR1M adalah wang pembayar cukai, justeru wang rakyat juga yang digunakan untuk menjayakan wang saguhati itu," katanya kepada The Malaysian Insider.
Najib ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel semalam, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.
Beliau menjelaskan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.
Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada tahun 2010, iaitu mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter.
Najib menegaskan langkah itu bagi memastikan sasaran kerajaan mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.
Perdana menteri memberikan alasan langkah pengurangan subsidi itu bertujuan memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kaya dan warga asing.
Katanya, Malaysia perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas sambil menjelaskan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.
Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai BR1M yang akan diumumkan semasa pembentangan bajet 2014 nanti. - 3 September, 2013.





keganasan di Mesir
Pembunuhan penunjuk perasaan Pro-Morsi yang berhimpun secara aman oleh pihak tentera Mesir harus dilihat sebagai suatu pertumpahan darah yang amat kejam. Pemimpin Tertinggi Tentera Mesir, General As Sisi telah menunjukkan kepada dunia wajah sebenar ‘military coup’ (rampasan kuasa) dan ‘illegal interim government’ (kerajaan haram). Dengan pengumuman darurat (state of emergency) selama sebulan di seluruh negara baru baru ini , Mesir telah menjadi satu warisan pemerintahan era Mubarak, yang diwarisi oleh segala bentuk kezaliman.Kita harus terdidik bahawa ‘military coup’ walau di mana ceruk bumi sekalipun, tidak pernah menjanjikan harapan yang cerah buat suasana politik dan kebajikan rakyat.

Maka, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Barat? Adakah mereka akan merujuk tragedi ini sebagai suatu halangan untuk menyuburkan proses demokrasi? Atau Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) akan mengutuk, dan mambatalkan apa jua bantuan yang pernah dijanjikan sebelum ini kepada kerajaan sekarang?

Sekali lagi, parti - parti politik di Mesir (political players) harus sedar bahawa satu-satunya jalan untuk menyelesaikan krisis keamanan yang berlaku sekarang ialah dengan mengembalikan proses demokrasi, bermula ke tempat asalnya, iaitu ke peti undi (ballot box). Rampasan kuasa yang terjadi benar benar membawa Mesir ke satu zaman yang pernah dialami sebelum ini, iaitu sebuah negara diktator (authoritarian) yang bukan sahaja pernah menipu rakyat dengan memberikan janji palsu untuk penyertaan pilihan raya adil dan telus, malah telah mempraktikkan sistem pemerintahan one party system selama 57 tahun, sejak tahun 1954 hingga 2011.

Sebaik sahaja Hosni Mubarak berjaya ditumbangkan pada 2011, perkara utama yang sepatutnya berlaku ialah penyerahan sepenuhnya proses demokrasi kepada rakyat melalui suruhanjaya perdamaian (reconciliation commission), bukannya kepada kerajaan yang diterajui oleh tentera (SCAF).Kerana, penyerahan kuasa kepada suruhanjaya perdamaian bukan sahaja akan mempercepatkan transisi demokrasi, malah akan menghalang keganasan, cauvinisme, eksploitasi dan authoritarian yang tidak mustahil akan berlaku semula, kerana perkara ini telah lama menguasai kehidupan sosial, ekonomi dan politik rakyat Mesir.Malang sekali perkara ini tidak berlaku.

Masalah utama selepas Revolusi 25 Januari 2011 yang membawa kepada siri siri pertumpahan darah yang berlaku hari ini ialah perbezaan ideologi politik dikalangan parti politik yang bertanding, dan pertarungan siapa paling jaguh dalam mengangkat makna sebenar revolusi.Dalam pada itu, pihak tentera yang sekian lama (hampir 2 tahun) dinafikan hak kuasa, melihat peristiwa perhimpunan bantahan anti-Morsi pada 30 Jun 2013 sebagai masa terbaik untuk kembali berkuasa, melalui military coup. Semboyan anti-Ikhwan yang dimainkan oleh puak Tamarrod (pengkhianat) bukan sahaja berjaya menggabungkan kesemua ideologi politik yang sangat membenci Ikhwan al-Muslimin, malah mempermudahkan proses military coup . Sheikh Rached Ghanoushi , pengasas Parti Nahdah Tunisia, melabel kejadian ini sebagai rampasan kuasa terang terangan. Ini adalah satu pencabulan keatas proses demokrasi.

Daripada ini, sistem politik baru telah dibina daripada dinamik asas yang sama yang bercirikan era Mubarak, dengan benih demokrasi formal tetapi sentiasa dicabar melalui pilihan raya dan referendum. Kurangnya muhasabah terhadap sejarah politik yang menekan rakyat sebenarnya telah melambatkan tempoh peralihan kuasa daripada kerajaan diktator kepada kerajaan rakyat. Jelaslah bahawa, parti politik daripada aliran mana sekalipun, sekiranya mereka tidak mesra tentera, maka mereka bakal digulingkan. Sama ada kumpulan Islamis, Liberal, aktivis wanita, Kristian, Sosialis Revolusi, Sekular, Ateis,pro Syiah, aktivis Palestin,aktivis Syria, malah aktivis hak asasi manusia sekalipun, satu demi satu kumpulan telah dicabuli maruahnya dan dinafikan hak kebebasan bersuara oleh pemerintahan tentera.Perkara ini sebenarnya menuntut satu kajian semula keatas bidang kuasa tentera bagi mengelakkan tragedi yang sama berulang. Baru baru ini juga, telah diumumkan bahawa 10 daripada 12 orang gabenor yang baru dilantik adalah yang berlatarbelakangkan tentera.Perkara ini turut mengesahkan penguasaan berterusan pihak tentera keatas Mesir, pasca pemerintahan Morsi.

Berdasarkan kebangkitan semula kuasa diktator ini , ia mungkin memperlihatkan bahawa Mesir tidak boleh pergi lebih jauh, malah telah mematikan semangat karamah insaniah yang membawa kepada keberjayaan Revolusi 25 Januari 2011. Proses bantahan selama 6 minggu (sejak dari 3 Julai 2013) oleh kumpulan anti military coup telah menjadi siri bantahan paling lama sejak kejayaan Revolusi 25 Januari 2011. Siri bantahan yang dilakukan oleh Pro Morsi telah memperlihatkan kekuatan yang luar biasa, dan mengetuk pintu hati rakyat Mesir yang leka bahawa, musibah yang lebih besar bakal berlaku sekiranya sisa-sisa bekas rejim Mubarak berjaya merampas kembali tampuk pemerintahan Mesir.Maka, satu perkara yang sangat diragui disini ialah, bagaimana sebuah institusi negara yang langsung tidak bertanding dalam pilihanraya, malah terkenal dengan sejarah pemerintahan diktator, boleh mempromosikan sistem demokrasi yang adil dan telus?

Bagi pendokong asal Revolusi 25 Januari 2011, untuk berjaya bukan sahaja akan mengorbankan Ikhwan al-Muslimin, malah kesemua rakyat Mesir yang mahukan pembinaan negara baru diatas paksi demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. Gerakan anti military coup yang diterajui Ikhwan al-Muslimin tidak menampakkan tanda tanda akan surut, malah mereka sentiasa bersemangat untuk syahid demi mempertahankan sebuah negara yang berdaulat.Ikhwan al-Muslimin telah belajar dari sejarah, bahawa, semboyan ‘Ini Kalilah’ semakin kuat bergema kerana jika mereka berundur dari perjuangan dan ijtihad politik, masa depan yang suram akan menanti mereka, dibawah pemerintahan zalim tentera

Bahan Bakar Bio Punca Harga Makanan Naik
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan pada Forum Ekonomi Dunia Mengenai Asia Timur bersependapat mengenai peranan kerajaan dalam menangani peningkatan harga makanan dan memberi amaran lebih banyak protes akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil.
Pengerusi Nestle Switzerland, Peter Brabeck-Letmathe, berkata dua pertiga daripada kenaikan harga makanan berpunca daripada keputusan diambil kerajaan.
"Kira-kira 10 peratus peningkatan harga makanan disebabkan peningkatan harga bahan bakar, 10 peratus disebabkan perubahan gaya hidup.
"Satu pertiga lagi disebabkan penggunaannya bagi bahan bakar bio, satu pertiga disebabkan keputusan untuk menghentikan eksport dan 10 peratus lagi adalah disebabkan spekulasi," katanya pada perbincangan forum bertajuk Kebimbangan Mengenai Makanan dan Bahan Bakar: Bolehkan Asia Menguruskan Kos Politik Inflasi' pada Forum Ekonomi Dunia mengenai Asia Timur di sini, semalam.
Ahli panel sependapat bahawa isu makanan adalah disebabkan pengaruh politik kerana harga pertanian sudah lama ditentukan menerusi subsidi kerajaan.
Brabeck Letmathe berkata, keputusan diambil negara seperti Argentina dan Kazakhstan untuk menghentikan eksport, selain tindakan Amerika Syarikat mempromosikan penggunaan bahan bakar bio menyumbang kepada ketidakseimbangan ketika ini.
"Satu pertiga daripada pengeluaran jagung di Amerika akan digunakan dalam bahan bakar bio," katanya.
Pengerusi Roux International Australia, Michael J Roux, berkata isu mengenai peningkatan harga makanan perlu ditangani secara berbeza daripada krisis bahan bakar, dengan menyatakan faktor menyokong peningkatan harga minyak adalah lebih sukar dikekalkan.
Beliau berkata, harga minyak akan melambung jika AS berdepan kemelesetan ekonomi.
"Kita sudah menyaksikan banyak tindakan diambil dalam pasaran dan kini perlu membayar harganya," katanya.
Beliau memberi contoh tindakan China mengawal harga diesel menjelang penganjuran Olimpik adalah antara tindakan jangka pendek yang menyebabkan lonjakan harga bahan bakar ketika ini.
Sementara itu, Pengerusi Sime Darby Bhd, Tun Musa Hitam, berkata faktor yang melonjakkan harga makanan adalah disebabkan pelaburan tidak seimbang dalam infrastruktur, terutama di negara membangun seperti Indonesia menyebabkan kos logistik lebih tinggi.
Beliau berkata, Asean juga perlu bekerjasama dalam mencari penyelesaian jangka panjang berbanding reaksi serta-merta yang pasti membawa kepada masalah lain pada masa depan.