Bahan Bakar Bio Punca Harga Makanan Naik
KUALA
LUMPUR: Ahli perniagaan pada Forum Ekonomi Dunia Mengenai Asia Timur
bersependapat mengenai peranan kerajaan dalam menangani peningkatan
harga makanan dan memberi amaran lebih banyak protes akan berlaku jika
tindakan segera tidak diambil.
Pengerusi
Nestle Switzerland, Peter Brabeck-Letmathe, berkata dua pertiga
daripada kenaikan harga makanan berpunca daripada keputusan diambil
kerajaan.
"Kira-kira
10 peratus peningkatan harga makanan disebabkan peningkatan harga bahan
bakar, 10 peratus disebabkan perubahan gaya hidup.
"Satu
pertiga lagi disebabkan penggunaannya bagi bahan bakar bio, satu
pertiga disebabkan keputusan untuk menghentikan eksport dan 10 peratus
lagi adalah disebabkan spekulasi," katanya pada perbincangan forum
bertajuk Kebimbangan Mengenai Makanan dan Bahan Bakar: Bolehkan Asia
Menguruskan Kos Politik Inflasi' pada Forum Ekonomi Dunia mengenai Asia
Timur di sini, semalam.
Ahli
panel sependapat bahawa isu makanan adalah disebabkan pengaruh politik
kerana harga pertanian sudah lama ditentukan menerusi subsidi kerajaan.
Brabeck
Letmathe berkata, keputusan diambil negara seperti Argentina dan
Kazakhstan untuk menghentikan eksport, selain tindakan Amerika Syarikat
mempromosikan penggunaan bahan bakar bio menyumbang kepada
ketidakseimbangan ketika ini.
"Satu pertiga daripada pengeluaran jagung di Amerika akan digunakan dalam bahan bakar bio," katanya.
Pengerusi
Roux International Australia, Michael J Roux, berkata isu mengenai
peningkatan harga makanan perlu ditangani secara berbeza daripada krisis
bahan bakar, dengan menyatakan faktor menyokong peningkatan harga
minyak adalah lebih sukar dikekalkan.
Beliau berkata, harga minyak akan melambung jika AS berdepan kemelesetan ekonomi.
"Kita sudah menyaksikan banyak tindakan diambil dalam pasaran dan kini perlu membayar harganya," katanya.
Beliau
memberi contoh tindakan China mengawal harga diesel menjelang
penganjuran Olimpik adalah antara tindakan jangka pendek yang
menyebabkan lonjakan harga bahan bakar ketika ini.
Sementara
itu, Pengerusi Sime Darby Bhd, Tun Musa Hitam, berkata faktor yang
melonjakkan harga makanan adalah disebabkan pelaburan tidak seimbang
dalam infrastruktur, terutama di negara membangun seperti Indonesia
menyebabkan kos logistik lebih tinggi.
Beliau
berkata, Asean juga perlu bekerjasama dalam mencari penyelesaian jangka
panjang berbanding reaksi serta-merta yang pasti membawa kepada masalah
lain pada masa depan.

No comments:
Post a Comment